Aditya Irawan Nasution



Kelmarin lepas memesan nasi ayam dan neskafe ais di sebuah warung berdekatan pintu gerbang Kampung Sungai Serdang, aku keluarkan kamera dari beg, dan agaknya kamera aku menarik perhatian seorang kanak kanak di situ. Tanpa disuruh dia datang mempamerkan mainannya dari pelbagai sudut untuk kamera aku...



Kemudian dia ambil pula bantal busuknya untuk pameran. Agaknya dah penat dia kata dia haus, nak minum limau ais. Aku baru nak pesan tapi ibunya yang sedang memasak terus memanggil "Adit! ke sini nak, tak mau kacau abang hensem tu".

Aku kata aku memang hensem dan tak kisah sangat pun dikacau. Sebentar kemudian wanita itu ke dapur sebelum kembali dengan limau ais untuk anaknya. Katanya nama anaknya Aditya Irawan Nasution. Umurnya tiga tahun setengah dan dia sangat sayangkan puting, jet oren dan bantal busuknya. 

Aditya Irawan Nasution. Di belakang boleh nampak ibunya sedang memasak

Ke mana mana saja Adit pergi pasti akan membawa puting, jet oren dalam poket seluar dan bantal busuk di tangan. Adit tak benar sesiapa membasuh bantal busuknya, juga di waktu malam Adit tak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuknya itu. Dan bantal itu benar benar busuk!  Pernah bapa Adit membuang bantalnya ke dalam longkang di belakang rumah tapi Adit tetap mengutipnya semula.



Bapa Adit orang Mandiling dari Medan. Mandiling ialah suku melayu tetapi bahasanya lebih mirip dengan bahasa batak. Ibu Adit pula orang jawa. Menurut ibu Adit dia bertemu dengan bapa Adit "di sini" beberapa tahun lalu sebelum mendirikan rumahtangga kerana bapa Adit "orangnya kerja kuat". Tak berapa lama kemudian Adit dilahirkan di kampung ibunya di Tanjung Balai, Kepulauan riau, Indonesia.






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Tentang Aku

My photo
Email terkapardikapar@gmail.com untuk sebarang urusan.