Kuil Bhairava, Kapar


Kuil Bhairava, Kapar, terletak di tepi Jalan Bukit Kerayong menuju ke Kampung Bukit Kerayong. Ia didedikasi kepada Dewa Bhairava yang merupakan dewa pelindung dan pemusnah dalam kepercayaan hindu Selain Bhairava, terdapat juga kuil kuil kecil untuk pemujaan dewa dewi lain dalam kompleks kuil ini. Semua dewa dewi dalam kuil ini adalah aspek atau jelmaan Shiva yang merupakan dewa tertinggi dalam panteon hindu.



Kogilam, pekerja estet Bukit Rajah, berhampiran dengan kuil Bhairava. Dia menaiki basikal dari rumah, melalui jalan tanah merah dan pokok pokok sawit untuk ke kuil itu setiap petang. Sebaik tiba ke kuil, Kogilam  membuat tiga pusingan mengelilingi kuil. Bila ditanya mengapa dia melakukan tiga pusingan itu dia menjawab dengan mudah: Itulah kepercayaannya.



Api memainkan peranan penting dalam upacara pemujaan
 

Pemujaan Naga, dewi ular di salah sebuah kuil dalam kompleks Kuil Bhairava

Swami Gopala dengan kelengkapan kelengkapan pemujaan

Swami Gopala sedang membaca mentera



Patung patung perhiasan dibuat daripada simen biasa tetapi berhala berhala untuk pemujaan dalam setiap kuil diperbuat daripada batu granit hitam yang khusus dan mempunyai kuasa ajaib menurut kepercayaan hindu.


Dalam mana mana agama pun ibu-ibu ialah golongan yang paling selalu berdoa. Bhairava sebagai dewa pelindung sangat popular di kalangan kaum ibu yang beragama hindu.


Satu perkara yang menarik tentang agama agama animisme ialah warna warni dalam kepercayaan mereka, berbanding hitam dan putih yang menyelubungi agama agama samawi.





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Tentang Aku

My photo
Email terkapardikapar@gmail.com untuk sebarang urusan.